Pandangan judi mengikut agama Judi

Agama Islam

Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi, atau disebut mereka sebagai al-Maisir (الميسر). Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi'ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam.[1]

Agama Kristian

Mazhab Gereja Katolik Romawi menegaskan bahawa perjudian tidak dihalang selagi peluang menang peserta ada kebarangkalian secukupnya, tiada unsur penipuan, serta para peserta tiada pengetahuan keputusan taruhan melainkan ia telah dimaklumkan,[2] selagi para pejudi tiada masalah kalah taruhan, mampu berhenti selagi mencapai had tertentu serta untuk tujuan hiburan semata-mata bukan demi harta.[3] atau mencari nafkah.[4] Para agamawan gereja secara amnya menegah perjudian di kasino atas faktor ia mampu menjebak ke arah ketagihan lagi-lagi dalam kalangan orang miskin serta mendorong kepada kemungkaran lain seperti pelacuran dan rasuah.[5][6][7]

Mazhab-mazhab Protestan berbeza dalam pendapat dan tahap pendekatan terhadap kegiatan ini. Golongan Metodis mengharamkan perjudian kerana ia mendorong ke arah sikap tamak haloba; begitu juga dengan golongan beranutan Quaker,[8]

Ada juga mazhab-mazhab gereja luar konvensional lain yang sependirian dalam sifat haram perjudian seperti Jehovah's Witnesses, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints,[9] dan Iglesia Ni Cristo.[10]

Rujukan

WikiPedia: Judi http://www.catholiccourier.com/news/local-news/sta... http://catholicexchange.com/is-gambling-a-sin http://blogs.christianpost.com/tech-life-game-news... http://incworld.faithweb.com/info.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.catholicculture.org/news/headlines/inde... http://www.miamiarch.org/CatholicDiocese.php?op=Ar... http://www.worldspirituality.org/moral02.html https://archive.org/details/tosettleyourcons00kuch https://web.archive.org/web/20160526004940/http://...